Intro
Oh... insan yang mulia
Kembalilah ke jalan yang mirweda
Jangan selalu membesarkan dunia, sayang
Ingatkan Allah yang maha kuasa
Ingatkan Allah, ingatlah selalu, sayang
Jangan lalai Allah berfirman
Duhai insan, janganlah kau lalai membuat suruhan Tuhanmu
Janganlah hanya membesarkan dunia sahaja
Maka kau lupakan Tuhan yang memberi nekmat padamu
Ingat ya, ingat
Oh... insan yang budiman
Janganlah membesarkan harta
Miskin, kaya, pandang sama saja, sayang
Buruk, cantik, tiada bezanya
Caci hina, jangan kau amalkan
Sayang, nanti murka Tuhanmu insan
Iya, janganlah kau mencaci dan membesarkan antara satu dengan lain
Kalau kau membesarkan dan mencaci, samalah juga kau mencaci kebesaran Tuhan
Sucikanlah hatimu
Bersihkan rohani jasmani
Takutlah kamu pada Tuhan, sayang
Kau tiada kekal hidup di dunia
Akhirat juga akhir tempat kamu, sayang
Tak dapat dikau, tak dapat elakkan
Janganlah kau mengotori rohanimu, insan
Tidakkah kau takut nanti rohmu tak mengenal jasadmu
Sampai disini, dengan nama Tuhanmu
Syukur kepada Maha Suci Tuhan